Mass Gainer

Apa itu mass?


Sebelum beli mass gainer. kita kena tahu siapa yang sesuai ambil mass. Mass ini sesuai diambil bagi mereka yang kurus dan susah naikkan berat badan, Bmi rendah tidak normal, makan bnyak tapi tak naik berat badan dan kepada yang nak tambah lagi berat badan.

Mass gainer adalah suplemen fitnes untuk membantu pengguna yang sulit mendapatkan kalori yang besar. Mass juga membantu otot-otot membentuk kerana mass gainer juga tinggi protein. Untuk menaikkan berat, kamu hendaklah makan melebihi BMR badan untuk sehari. Untuk ketahui BMR badan admin akan tunjukkan cara mengiranya.

BMR untuk lelaki= (tinggi dalam cm x 6.25) + ( berat dalam kg x 9.99) - (umur x 4.92) + 5.

BMR untuk wanita= (tinggi dalam cm x 6.25) + ( berat dalam kg x 9.99) - (umur x 4.92) - 161.

BMR (Basal Metabolic Rate), 

Bmr iaitu jumlah kalori asas yang kita perlukan untuk tubuh kita terus melakukan aktiviti. Untuk menambah berat badan, dalam sehari pemakanan haruslah melebihi BMR yang badan perlukan, jika kurang dari BMR, berat badan akan menurun.

Mass gainer ini hanyalah suplemen tambahan. Jangn pula harapkan 100% pada mass gainer ini. Jaga juga pemakanan dan latihan. Makan kena ikut masa ditetapkan. Sarapan pagi penting. Rehat kena cukup, tidur mesti cukup 7-8 jam. Banyakkan minum air kosong. Latihan di gym juga penting untuk tembesaran otot.

Supplement fact yang dijadikan rujukan dan mudah memahami.





Cara pengambilan mass gainer.

Untuk 1 scop (160g) anda akan dapat kalori sebanyak 620kcal. Manakala untuk 2 scop (320g) anda akan dapat sebanyak 1240kcal kalori.

Untuk mempercepatkan penambahan berat badan dan otot sudah memadai jika anda mengambil 3 ke 4 scop sehari dengan pemakanan yang lengkap sebaiknya 4 waktu secara konsisten. 

Terdapat juga makanan yg tinggi protein seperti oat, cheese, mentega kacang dan lain-lain. Dengan makanan-makanan ini boleh juga dijadikan makanan sokongan untuk menambahkan jumlah kalori dalam satu hidangan.

Untuk seharian dimulakan dengan.

1). Sarapan pagi.
•satu scop mass
•3 sudu oat dan peanut butter
•pisang sebiji

2). Makan tengahari.
•satu scop mass
•satu hidangan nasi putih dan dada ayam
•pisang sebiji

3). Minum petang.
•satu scop mass
•peanut butter pancake
•scramble egg
•pisang sebiji

4). Makan malam.
•½ scop mass
•satu hidangan nasi putih dan dada ayam
•sayuran

5). Sebelum tido
•½ scop mass

Setiap hidangan pastikan minum air masak sekurang-kurangnya 200ml atau lebih. Kurangkan air yang bergula. Lebih baik kurangkan gula dalam minuman dan makanan.

Jenis-jenis mass.
True Mass
•1220kcal kalori
•50g protein
Combat XL mass
•1230kcal kalori
•50g protein
Serious mass
•1263kcal kalori
•50g protein
Dymatize supermass
•1230kcal kalori
•52g protein

Pro gainer
•650kcal kalori
•60g protein
 
Cara pemilihan mass.

Ini penting bagi yang sesiapa yang baru nak cuba mass. Untuk memilih jenis mass, anda perlu tahu seberapa banyak kandungan kalori, protein, karbo yang anda perlukan. Kandungan kalori dan protein didalam setiap jenama mass juga berlainan, jika anda memerlukan kalori lebih, carilah jenama seperti masstech dan superrior mass kerana jenama ini membekalkan kandungan kalori yang banyak. Mass jugak ada beberapa perisa seperti coklat, strawberi, vanila dan pisang. Kebanyakan pengguna lebih gemar memilih perisa coklat sebab tidak terlalu mual dan lebih enak berbanding perisa yang lain. 
Jadi buatlah pilihan yang bijak.



Apa itu mass gainer dan whey protein

  Soalan yang kerap ditanya oleh customer kerana mereka keliru nak beli mass atau whey. Sesetengah customer tak tahu apa kegunaan mass dan w...